LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN PUSAT LATIHAN PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU)

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
6 Mac 2024/Rabu - Satu lawatan dari Komandan Pusat Latihan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ke ABPM Wilayah Utara di ketuai oleh DSP Nazrul Azuan bin Nazeri bersama 2 pegawai lain. Lawatan telah di sambut oleh PgKB I Aswadi Bin Hj Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara bersama beberapa Pegawai lain. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan aktiviti dan kursus pada masa akan datang.

Kursus OSH Train The Trainer (TTT) 1 NIOSH - ITC Pengajian Keselamatan Kebakaran

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
01 Mac 2024 / Jumaat - Kursus OSH Train The Trainer (TTT) 1 NIOSH di bawah anjuran Pengajian Keselamatan Kebakaran, ABPM Wilayah Utara telah sampai ke akhirnya. Seramai 15 orang peserta dikalangan Pegawai Bomba lain-lain pangkat telah mengikuti kursus ini yang dilaksanakan selama 5 hari bermula pada 26 Februari 2024 sehingga 01 Mac 2024. Semua peserta telah berjaya melaksanakan tugasan dan melengkapkan dokumentasi yang dikehendaki dan peserta telah diberi penilaian oleh Pegawai Penilaian daripada NIOSH, Cawangan Manjung. Sepanjang kursus peserta telah diberi bimbingan bagi melaksanakan tugasan dan melengkapkan dokumentasi daripada penceramah jemputan Puan Noor Aniza Binti Ibrahim (Jemputan NIOSH).
Objektif Kursus ini adalah bagi membina jurulatih yang kompiten serta berpengetahuan dan berkemahiran berkaitan dengan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja, cara menyampaikan subjek dengan berkesan serta menyediakan dokumen syarahan yang berkaitan secara berstruktur dan tersusun.
Kursus ini telah diselaraskan PgKB II Ts. Vijayan A/L Marimuthu bersama
Pen. Penyelaras PKPgB Mohd Saiful Idhlan bin Ismail
Sekian, terima kasih.

Program Team Building Staff Pejabat Pendidikan Daerah Keramat, Kuala Lumpur.

23 Februari 2024 ( Jumaat) – Staff Pejabat Pendidikan Daerah Keramat, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Team Building yang diadakan di Akademi Bomba Wilayah Utara bermula 23hb sehingga 25hb Februari 2024. Aktiviti ini dihadiri seramai 22 orang staff PPD Keramat. Puan Aziah binti Amir selaku pengerusi Pegawai PPD Keramat, Kuala Lumpur turut serta dalam aktiviti 3 hari ini.
Pihak ABPM Wilayah Utara telah melaksanakan beberapa aktiviti pengukuhan pasukan yang berkonsepkan kebombaan. Aktiviti – aktiviti tersebut terdiri daripada ice breaking, LDK 1 ‘ Tong Beracun’ LDK 2 ‘Gelap Itu Terang’ LDK 3 ‘Ikhtiar Hidup’ , LDK 4 ‘ Air Dicincang Tidak Akan Putus’ dan LDK 5 ‘ Ikatan Kasih’ .
Fasilitator : PKPgB Raja Amirool,PBK II Yusli,PB Raedzar,PB Zulaimi,PB Abdullah