KURSUS FIRST RESPONDER LIFE SUPPORT TAHAP 1 SIRI 1/2024

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
Tarikh: 5hb hingga 9hb Februari 2024.
Tempat : ABPM Wilayah Utara.
Pengisisan: Pengenalan asas pertolongan cemas, pengurusan penyakit berkaitan medical (sawan), BLS (adult & infant chocking), asas CPR (teori & praktikal), pengurusan ekstrikasi mangsa, pengurusan mangsa kemalangan dan naziran dari PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara.
Pegawai Keselamatan: PKPgB Mohd Saiful Idhlan bin Ismail
Penyelaras : PBT II Mohd Zazuli bin Badru
Pen. Penyelaras : PB Mohamad Raedzar &
PB Mohamad Ismail
Penglibatan: PBK II (KUP) Nur Shafiqah, PB Azam, PB Faizal & PB Azman.
Sekian, terima kasih.

KURSUS PENYELAMATAN DI AIR TAHAP 1 SIRI 1/2024

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
Tarikh: 5hb hingga 9hb Februari 2024
Tempat : Tasik ABPM W.U
Pengisisan: Aspek keselamatan di air, 15 absolutes rules, pengenalan peralatan, falsafah penyelamatan di air, asas CPR (teori & amalia), open water survival, water rescue with aid, teknik menghampiri mangsa,teknik melepaskan diri dan teknik tundaan.
Pegawai Keselamatan: PKPgB Azleen bin Alias
Penyelaras : PBK II Yusli
Pen. Penyelaras : PB Muzammil
PB Syekhul
Penglibatan: PBK I Hasnol, PB Muzammil,PB Syazwan, PB Syekhul,PB Farah,PB Hikwan,PB Nawawi
Sekian, terima kasih.

Majlis Perhimpunan Tahunan Tahun 2024

8 Februari 2024 (Khamis) - Majlis Perhimpunan Tahunan Tahun 2024 bagi Akademi Bomba Wilayah Utara telah diadakan di Auditorium Dato' Hj. Soiman bin Jahid. PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara telah menyempurnakan majlis ini serta diiringi oleh PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor, Ketua Pengajian Operasi Kebombaan. Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Pengajian Operasi Kebombaan.
Atur cara dalam majlis ini dimulakan lagu Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa, disusuli bacaan doa, tayangan montaj pencapaian ABPM Wilayah Utara sepanjang tahun 2023, bacaan ikrar Akauntabiliti dan Integriti SKAI, ucapan amanat YAS Ketua Pengarah JBPM yang disampaikan oleh Komandan ABPM Wilayah Utara, penyampaian surat kenaikan pangkat W26 (TBK II), pemakaian tanda pangkat gred KB22 (TBK I), penyampaian Sijil Perkhidmatan Terpuji bagi tahun 2023, penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada staf yang terlibat dengan program kementerian/jabatan, penyampaian sijil OSH Train The Trainer (TTT) NIOSH & meraikan pegawai yang lahir pada bulan Januari hingga Februari.