PROGRAM SARINGAN KESIHATAN DAN KECERGASAN KEPADA KAKITANGAN ABPM WILAYAH UTARA OLEH PEGAWAI WELLNESS HUB NEGERI PERAK

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
20 Jun 2024 / KHAMIS - Program saringan kesihatan dan kecergasan kepada kakitangan Akademi Bomba Wilayah Utara telah dilaksanakan oleh Pegawai Wellness HUB Negeri Perak bersama Pegawai KKM Kinta. PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara turut hadir semasa program dilaksanakan. Pn Nuzimah binti Tumiran, Ketua Unit Pendidikan Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta juga turut hadir semasa program dilaksanakan. Taklimat pemakanan sihat dan program pelan senaman telah diberi penerangan oleh Pegawai KKM. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi mengukur tahap kesihatan dan memastikan kakitangan ABPM Wilayah Utara berada dalam keadaan sihat dan cergas.

Majlis Penutupan Kursus Pengukuhan PPDA Siri 2/2024

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
14 Jun 2024 / Jumaat - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengukuhan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Siri 2/2024 telah disempurnakan oleh PgKB II Ts Vijayan a/l Marimuthu, Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran bagi mewakili Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara. Kursus Pengukuhan PPDA ini telah dilaksanakan selama 5 hari bermula dari 10 Jun 2024 hingga 14 Jun 2024 dengan penglibatan seramai 25 peserta lain-lain pangkat daripada JBPM negeri.
Kursus ini dilaksanakan bertujuan bagi memberikan pemahaman dan latihan berterusan serta pengukuhan melibatkan anggota pasukan selam JBPM. Antara subjek yang diberi penekanan sepanjang kursus adalah berkaitan keselamatan penyelam, penggunaan peralatan VRS 2000 dan underwater communication. Semua peserta berjaya mengikuti kursus dengan jayanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil.2/2024 Perasmian Akademi Bomba Wilayah Utara

AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi, Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
13 Jun 2024 (Khamis) - YAS PjB Othman bin Abdullah, TKP(P) JBPM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil.2/2024 Perasmian ABPMWU bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldun, ABPMWU.
Turut hadir bersama YS TPjB Abdul Razak bin Muda, Pengarah Bahagian Latihan Jbpm, YS PPjB Azmi bin Saadon, Pengarah Bahagian Bomba Bahagian Korporat, YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Bomba Perak dan pegawai² kanan Jabatan.
Agenda kali ini adalah pembentangan kertas kerja perasmian oleh urusetia dan seterusnya pembentangan setiap jawatankuasa induk.